Sejenak Pagi #192 MERDEKA
SUDAH 73 tahun negara kita merdeka dari tangan penjajah. Apakah kita faham makna merdeka yang sebenarnya? Yang jelasnya, memang benar sudah 73 thn negara kita merdeka tetapi masih ada warga negara kita masih menyimpang daripada makna merdeka atau kebebasan yang sebenarnya. Arti kemerdekaan memangnya berbeda antara generasi dahulu yang memperjuangkan kemerdekaan dengan air mata dan darah. Hal ini karana bagi mereka, kemerdekaan adalah sesuatu yang tidak ternilai.
Generasi yang merdeka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa dan kepentingan masyarakat keseluruhannya tanpa kuatir kepada makhluk yang menghalangnya. Tiada yang ditakuti kecuali Alloh Ta’ala dan segala tindakannya berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Ada juga manusia, bangsa atau umat meskipun lahirnya mereka sudah mencapai kemerdekaan selama ratusan tahun, tetapi jiwa mereka dijajah hawa nafsu jahat. Yang menjadi tuhan mereka hanya nafsu dan apa yang dilakukan mereka membawa bencana kepada seluruh umat manusia.
Menyoroti ayat ke-23 daripada surah al-Jatsiyah, Alloh Ta’ala berfirman: ‘Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhannya dan Alloh menyesatkan dia kerana mengetahui (kejahatan hatinya) dan menutup pendengaran dan mata hatinya serta mengadakan penutupan terhadap pemandangannya. Maka siapakah yang akan menunjukkannya sesudah Alloh? Tidakkah kamu menerima peringatan?’
Pendekatan digunakan oleh Islam adalah memerdekakan rohaniah manusia terlebih dulu sebelum membebaskan aspek jasmaninya. Malah, kedua-duanya penting bagi memperoleh kemerdekaan. Golongan penjajah pada masa kini tidak lagi datang menaiki kapal dan menggunakan senjata seperti masa dulu, sebaliknya berupaya menjajah umat menerusi talian kuprum, fiber optik dan satelit serta menggunakan kuasa keuangan dan media.
Dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, ia menjadi semakin mudah untuk mereka melebarkan pengaruh dan mengawal aspek politik, ekonomi dan sistem sosial milik kita. Sesetengah negara masih bergantung kepada negara yang menjajah mereka dalam banyak sektor seperti perdagangan, pendidikan dan ketenteraan. Malah, perkara terburuk adalah penjajahan masih berlaku terhadap penduduk negara tersebut.
Pada bulan kemerdekaan, berbagai program telah diadakan bagi mengisi bulan penuh makna ini. Mengibarkan bendera hinggalah ke perarakan, kemeriahannya jelas dirasakan. Namun, apakah sambutan kemerdekaan ini cukup sekadar berpesta sebegini? Apakah arti kemerdekaan ini benar-benar sudah dihayati?
Arti kemerdekaan bagi golongan yang pernah dijajah amatlah tinggi. Menggenggam kemerdekaan ibarat bulan jatuh ke riba. Jerit-perih pemimpin terdahulu mencapai kemerdekaan sangat dihargai.
Sayangnya kini, Arti kemerdekaan kian luput. Bukan saja golongan ‘muda’ tidak jelas kepahaman mereka tentang arti kemerdekaan tetapi terdapat juga golongan ‘tua’ yang seakan lupa apakah makna kemerdekaan sebenarnya. Kemewahan dan kesenangan yang diperoleh kini melupakan kita akan hakikat kemerdekaan yang kita capau. Tanyalah kepada golongan muda kini, apakah makna kemerdekaan kepada mereka. Pasti jawapannya longgar dan hanya sekadar meniru apa orang lain kata. Ini membuktikan bahwa penghayatan kemerdekaan masa kini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga saja.
Semoga kita bisa mengisi kemerdekaan ini dengan senantiasa positif dalam tutur kata, pikir dan perbuatan nyata newujudkan cita2 Bangsa yg beradab.
Bersamaan hadirnya hari jum’at, mari perbanyak istighfar, sholawat, baca al kahfi dan sodaqoh.
Semoga menjadi lebih baik dan bermanfaat.
Robbana Taqobbal Minna
Ya Alloh terimalah dari kami (amalan kami), aamiin
www.sejenakpagi.info
😊❤👍