EMPAT SOAL PENTING UNTUK SAYYIDINA ALI RA

EMPAT SOAL PENTING UNTUK SAYYIDINA ALI RA

 

Kisah Sayidina Ali Bin Abi Thalib RA yang bertemu dengan seorang lelaki ketika beliau menjadi Amirul Mukminin.

 

Lelaki itu bertanya,

“Wahai Amirul Mukminin, saya ingin bertanya 4 soalan, harap tuan dapat menjawabnya:

 

  1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?

 

  1. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat?

 

  1. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik?

 

  1. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?”

 

Amirul Mukminin Ali RA menjawab,

Yang wajib ialah taat kepada ALLOH Ta’ala dan yang lebih wajib tinggalkan dosa. Yang dekat itu kiamat dan yang lebih dekat adalah mati. Yang pelik ialah dunia dan yang lebih pelik ialah cintakan dunia. Yang sukar itu kubur dan yang lebih sukar ialah pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan.

Semoga Alloh Ta’ala senantiasa membimbing Kita Untuk Selalu dalam kebaikan dan kebahagiaan hidup.

 

Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah, senantiasa mensyukuri nikmat Alloh Ta’ala dan diberi kekuatan oleh Alloh Ta’ala utk menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Robbana Taqobbal Minna

Ya Alloh terimalah dari kami (amalan kami), aamiin